Ancher..anak buah kesayangan

Saturday, October 18, 2008

Read more...

Monday, October 13, 2008

Cerita Lagenda Daerah Keningau tentang GUA LAING

GUA LAING

Gua Laing telah wujud sejak lima belas ribu tahun dahulu. Mengikut legenda, Gua Laing telah dibina oleh Dewi Kayangan. Seorang dusun kujau yang bernama Laing telah menjumpai gua sedang dibina oleh Dewi Kayangan semasa beliau memburu binatang untuk makanan di hutan dengan menggunakan alat buruan seperti parang (machete) dan bujak (spear). Laing telah bertembung dengan seorang wanita yang cantik sedang menebang kayu.
Laing terus bertanya kepada wanita cantik tersebut "Siapa kamu dan apa yang kau sedang buat?". Wanita cantik menjawab "Kami adalah Dewi Kayangan dan sedang membuat rumah cantik untuk manusia bertukar kulit (dalam bahasa dusun MEMALUS) khusus untuk orang-orang tidak berdosa, bagi orang-orang yang berdosa kalau masuk ke rumah ini, mereka tidak dapat kembali kerena dihukum."
Dewi Kayangan menjadikan Sungai Lomos sebagai empangan serta lubuk untuk tempat bermandi mandi sebelum masuk ke dalam gua dan selepas. Selain itu, sebuah sulap juga dibina di bukit yang dipanggil "MINITINDUK" untuk Dewi Kayangan bersembang sambil meminum tapai (local brew) semasa membina rumah tersebut.
Dewi Kayangan memesan kepada Laing agar kembali pada hari ke-7. Walau bagaimanapun, kerana tidak sabah menunggu, hari ke-6 Laing kembali ke tempat tersebut, maka marahlah Dewi Kayangan kerana engkar pesanan mereka lalu Dewi Kayangan dengan marahnya menebang tiang rumah tersebut dengan sekali hayun sahaja lalu langit menjadi gelap dan hujan lebat serta petir menyebabkan rumah yang belum siap dibina serta anjing dan peralatan dapur semua menjadi batu. Batu tersebut hingga hari ini masih ada yang dinamakan GUA LAING.

Read more...

Monday, October 6, 2008

"aMoi 1 gelas NeScafe tarik & 1 Gelas tea Tarik" ...Terus si Amoi cakap lagi..Abang....Uiiiiii,abang,hahaha,Si aMoi cakap,mau gelas damit ka??kalau dalam bahasa orang Kedayan damit itu membawa maksud Kecil,Terus abg sia cakap lagi "kami tidak mau yang damit-damit,kami mau yang basar-basar"hahaha,dalam bahasa Kedayan basar-basar adalah kata lawan bagi Damit-damit...
Seperti Kereta api Di Beaufort ke tenom kami menungu,tak lama kemudian sampai la Tea tarik dan Nescafe tarik kami,Dalam ati sia Berdetik Kunun,Hati sia cakap.."nasib Mood abg sia bagus malam ni,kalau tak,habis suda tu Waiterss kena kasi jadi Cincau,hahaha...."kami Berdua sebenarnya hanya membuang masa pada hujung-hujung minggu ni,sambil becerita apa aktiviti bisuk dan seterusnya...tak lama kemudian sia minum la kunun Nescafe tarik sia,Uiiiiiii Punya la "panas"huh,tebakar lidah sia...tapi tak pa la,sekali sekala....tapi sia tengok tea tarik abg sia hampir separuh suda,alalala...Terus Berdetik lagi hati sia..Hati sia cakap "Cepat juga abg sia munum tea tarik dia,maka punya panas tu minuman,tapi tak pa dia guna lidah kerbau malam ni sia bilang"hahaha...dan malam yang dingin terus berlalu,angin sopoi-sopoi Tiger dan Carlsberg memangil-mangil di Apek,sun-sun..tapi malam ni kami x minum sebab besok adalah hari kerja suda...jadi macam kebiasaan sia,No alkohol Time ari minggu,sebab nanti bisuk Kogutan lagi trus tidak siok mau karaja..hehehhe...30 minit barlalu suda,minuman sia belum separuh lagi,trus abg sia cakap,"kau mau makan Fest Food ka"??trus sia Reply la kunun,sia cakap"boleh juga,tapi sia x brapa lapar,nanti sia tumpang makan ja la"tak lama kemudian abg sia Order FannFries,Seberti biasa,kami menungu seperti menaiki kereta api dari Beaufort ke Tenom,tak lama sampai la makanan kami...makan punya makan,tak juga habis,rupanya fannfries dia tawarrr,hahaha,abg sia Diam ja,sia pun diam-diam ja,pura-pura lupa...sekali lagi berdetik di hati sia,"nasib Mood abg sia bagus kalau x Gerenti kena taling suda tu Waiteresss tu,hahaha"
cerita punya Cerita,Uik jam Handpon suda menunjukkan Pukul 10.15 malam,kalau mau pulang rumah,paling-paling sampai rumah jam 10.40..so sia cakap la,"bahhh Jomm Muli"...jadi sia bayar,terus kami Pulang....~sekian saja Cerita sia yang tak siok ni..heheh

Read more...



  ©Template by Dicas Blogger.